[St. Thomas's Cathedral, St. Francis's, Lundu, St. Paul's Siol Kandis, St. Faith's, Kenyalang, St. Basil's, Batu Kawa, St. Francis's, Kota Samarahan, Tabuan Jaya Anglican Church]


KUBUR YANG KOSONG.

Masih ada banyak kubur-kubur yang lebih megah daripada kubur yang dipakai membaringkan tubuh Juruselamat yang tidak bernyawa 2000 tahun yang lalu. Di mesir, dapat disaksikan tempat kubur firaun-firaun termasyur yang terbaring dalam kekayaan yang mewah dalam makam-makam yang dirancang secara artistik.

Pada hari makam-makam atau kubur masih lagi kelihatan dan boleh dikesan akan tetapi lokasi kubur Yesus tidak diketahui dengan pasti dan tidak dapat dipastikan. Menurut dunia kubur-kubur adalah merupakan bukti kematian dan kebusukan, tetapi kubur Yesus merupakan bukti kehidupan. Bagi kita orang kristian, peristiwa kebangkitan, kubur yang kosong merupakan inti dari iman kita. Tanpa kebangkitan Kristus kita tidak memiliki apa-apa.

Jika seandainya Yesus tidak bangkit dari antara orang mati, tidak ada seorang pun yang akan berfikiran sihat yang akan memuliakan salib yang merupakan alat penyeksaan yang begitu menyeksakan. Melalui kebangkitaNYA bukti kemenangan dari maut dan dosa.

Jadi, dalam terang PASKAH dan dalam kuasa kemuliaan kebangkitan, biarlah Roh Tuhan membawa hati anada pada jaminan bahawa saudara/i akan menerima anugerah hidup yang kekal. Kita percaya kepada Yesus Kristus dapat mengatakan pada dunia-‘Karena IA bangkit, karena IA telah hidup, kita juga yang percaya akan beroleh kehidupan kekal’

‘...Karena itu, kalau kamu dibangkitkan bersama dengan Kristus, carilah perkara yang di atas, di mana Kristus ada, duduk di sebelah kanan Tuhan. Pikirkanlah perkara yang di atas, bukan yang di bumi. Sebab kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Tuhan. Apabila Kristus, yang adalah hidup kita, menyatakan diri kelak, kamupun akan menyatakan diri bersama dengan Dia dalam kemuliaan. Kolosi 3:1-3.

Time is GOLD

Chat BOX

Organization Chart

Advisor
.:. Revd. Father Ronnie Cannidy

Executive Member
:. Chairman : Mr. Stuart Otto
:. V. Chairman : Mr. Calvin Tarang
:. Hon Secretary : Duane Reggie
:. V. H. Secretary : Morrison Joshua
:. Hon Tresurer : Ms. Phyllis Montegrai

:. V. H. Treasurer: Shelly Rendan Labang

Committee Member
:. Ms Suzanne Empam

:. Mr. Robin Maramat

:. Mr. Dana

:. Mr. Christopher Chan

Reprensentative member

:. Ms. Lulu Law (St Thomas’s)

:. Mr. Nevin Samson (St Faith’s )

:. Mr. Josef Damu (St Basil’s)

:. Mr. John Buda (St Francis Samarahan)

:. Mr. Mark Andrew (St Paul’s)

:. Mr. Eric Tan (Tabuan Jaya)

IP Addresses

Followers